Friday, April 16, 2010

CAUCHEMAR!!!


Astaghfirullahal ‘azim!”, ucap ‘Asri sambil menyeka keringat yang membasahi dahinya yang licin. Kalimah taubat itu seakan-akan dapat menenangkan hatinya yang sedang bergelora. Berkecamuk. Dia terjaga daripada tidurnya setelah diulit mimpi. Mimpi teruk dalam hidupnya!

‘Asri mempunyai seseorang yang special dalam hidupnya. Seorang teman yang selalu dikongsi segala kisah tentang dirinya. Suka duka kehidupannya. Pahit masam-masam manis ujian yang ditempuhi. Dia tidak berasa kolot malu mahupun janggal untuk bercerita tentang diari hidupnya kepada si dia. Kerana ‘Asri yakin bahawa si dia tidak akan membocorkan rahsianya. Biar pecah di perut jangan pecah di mulut. Si dia yang dimaksudkan ialah Afiqah. Gadis yang menjadi dambaan semua lelaki. Senyuman di bibirnya mampu menawan Gunung Everest, mampu mencairkan kutub utara dan kutub selatan. Ini membuatkan diri Afiqah begitu ‘hangat’ pada semua pandangan lelaki terhadap dirinya. Menambat hati sesiapa yang memandangya. Sungguh menawan!

‘Asri mengimbau nightmares yang dialami olehnya. Segala-galanya membuatkan dirinya menjadi tidak keruan. Sungguh sukar diluputkan dari kotak pemikirannya. Sangat payah dibuang jauh dari garis hidupnya. Walaupun ia sekadar mimpi. Walaupun hanya sekadar mainan tidur gamaknya, namun masih tidak dapat disingkirkan. Ini merupakan mimpi buruk pertama yang dialami oleh ‘Asri sejak berpasangan bersama Afiqah, teman sehidup semati. Doanya.

*****

“Assalamualaikum”, ucap ‘Asri. Daun pintu rumah itu dikuak perlahan-lahan. Ucapan salam bertukar ganti. ‘Asri dan Fauzan bertandang ke rumah Afiqah. Kedatangan Fauzan hanyalah sekadar menemani sahabat baiknya. ‘Asri merupakan seorang yang agak pemalu apabila berjumpa dengan perempuan. Tetapi dia pun tidak pasti bagaimana dan kenapa dia boleh jatuh hati terhadap si gadis yang agak pendek kurang tinggi daripadanya tersebut. Sedangkan sifat malunya ‘terkenal’ di sekolah suatu ketika dahulu. Ramai yang tidak sangka bahawa ‘Asri ni menaruh perasaan kepada Afiqah sejak zaman persekolahan dulu.Diam-diam ubi kentang berisi. an kini, ‘Asri bersama dengan Afiqah sebagai teman tapi mesrahidup. Pintanya kepada Allah.

Mereka semua merupakan pelajar lepasan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) tahun 2007. Dan mereka juga adalah dari satu kelas yang sama!

Rumah banglo yang mempunyai dua setengah tingkat itu kelihatan pudar warnanya. Luntur. Mungkin cuaca yang tidak menentu menghakis serba sedikit kesempurnaan rona rumah tersebut.

Afiqah sering alpa untuk mengunci pintu pagar kerana beranggapan bahawa rumahnya tidak akan dimasuki oleh sesiapa. Lagipun, ibu bapanya fly to oversea, Jepun untuk menjenguk anak sulung mereka yang telah menyambung pengajian dalam bidang engineering dan sekaligus untuk menyambut kejayaan anak mereka setelah dinobatkan sebagai graduasi di Negara Matahari Terbit itu. Memang patutlah dia berkelakuan sebegitu kerana rumahnya terletak di atas bukit dan jarang orang lalu-lalang ke situ. Masih terdapat banyak banglo yang tidak berpenghuni walaupun ramai orang yang berjawatan tinggi telah membelinya. Termasuklah doktor, peguam, jurutera,u sawanusahawan dan sebagainya. Malahan terdapat jua Tan Sri yang dikatakan memiliki aset kemewahan yang berlipat ganda di luar negara. Cuma masih belum check-in sahaja. Tambahan pula, jarak antara rumah ke rumah agak jauh. Ini membuatkan keadaan menjadi sunyi dan tenang. Dan kadangkala menyeramkan ...

Tujuan mereka hanya ingin melawati Afiqah kerana ‘Asri teringin sangat berjumpa dengan buah hatinya itu. Ini juga merupakan kali pertama ‘Asri mengunjungi rumah Afiqah bersama rakan baiknya, Fauzan.

Afiqah menjemput mereka berdua masuk. Ketika itu, Afiqah baru sahaja usai mandi. Dan kelihatan juga hitam rambutnya yang panjang mengurai dalam kebasahan. “ Cantiknya!”, getus ‘Asri dalam hati. Mereka juga dijemput duduk di atas sofa mewah yang berona coklat cerah. Lembut. Sementelahan mereka duduk, Afiqah bergegas ke dapur untuk menjamu tetamunya.
‘Asri dan Fauzan mencuci mata mereka dengan menyaksikan keindahan ‘syurga dunia’ milik anak bongsu kepada Dato’ Ismail dan Datin Rafidah. Walaupun kelihatan kusam di bahagian luar rumah, namun siapa sangka di dalamnya sungguh menakjubkan. Sangat menenangkan kalbu. Masing-masing terleka dengan keajaiban yang sukar diterima akal fikiran. Mereka termangu seketika.

Mereka tersentak setelah mendengar suara Afiqah yang menuju ke arah mereka berdua sambil membawa dulang yang diisi dengan seteko air teh dan tiga cawan di atasnya. “ Amboi... apa yang kau berdua tenungkan? Haihh.. rumah ni takdelah besar dan secantik istana sultan”, terang Afiqah. ‘Asri dan Fauzan hanya tersenyum manis sehingga menyerlahkan putih gigi mereka bak salji. Mereka bersama-sama minum air tersebut yang telah dihidang sebentar tadi setelah dipelawa oleh Afiqah.

“ Cantik rambut!”, usik ‘Asri, buah hatinya. Afiqah tersedak. Dia begitu terleka melayan tetamu sampai terlupa untuk menghiasi dirinya sendiri. Afiqah berlalu sambil tunduk malu kerana sikapnya sendiri. Mudah leka. Fikirannya khayal melayang-layang entah ke mana. Ibarat layang-layang terputus talinya. Mukanya kelihatan begitu manis walaupun tanpa dikenakan walau secalit pun alat mekap di mukanya . Afiqah beransur ke ruang tamu untuk menyikat rambutnya yang terurai cantik itu.

Sedang Afiqah ralit berdandan di hadapan cermin besar berbingkai kayu yang dicat berwarna emas itu , dan juga bersaiz lima kaki kali dua kaki setengah, tiba-tiba Fauzan menghampiri gadis yang bertubuh kurus melidi itu, tapi tetap kelihatan cantik dan menawan. Tidak semena-mena Fauzan memegang rambut Afiqah dan sengaja bermanja-manja dengan Afiqah sedangkan ‘Asri ada di situ. Ibarat tunggul diperlakukan oleh sahabat baik dia itu. ‘Asri terpampan sendirian. Afiqah berfikiran bahawa Fauzan hanya ingin bergurau dengannya, namun tanpa Afiqah sedari, terdapat hati yang luka.
Luka yang amat parah! Sukar untuk diubati!

‘Asri seolah-olah tidak mampu berkata-kata. Diam seribu bahasa. Seakan bisu bibirnya seperti terdapat emas di dalam mulutnya. Takut hendak mengeluarkan setiap butir bicara. Terasa kaku tangan dan kakinya. Hanya lirikan mata sahaja mampu dilakukan oleh ‘Asri.

Pedih!
Sungguh sedih! Kepiluan menguasai dara diri.
'Asri benar-benar tidak percaya apa yang sedang dilakukan teman baiknya itu. Tiba-tiba ‘Asri teringat kata-kata rakannya, Nasruddin. “ ‘Asri, kau janganlah terlalu memberi kepercayaan penuh 100 % terhadap Fauzan. Kau sendiri tahu sikapnya. Dia tu kan playboy! Aku harap kau tidak menyesal dengan apa yang kau lakukan sekarang ini. Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah! “. Tapi sikap ego ‘Asri yang amat tinggi dan ingin backing kawan , akhirnya seakan-akan memakan diri sendiri !
‘Asri sedar, dia tidak mempunyai badan yang tegap seperti yang dimiliki oleh Fauzan , untuk melakukan sesuatu. Untuk melindungi buah hatinya. ’Asri juga sedar dia terlalu bodohkurang pandai dalam memilih kawan. Dan dia turut tidak kurang pandai dalam pelajaran. Jika dibandingkan dengan keistimewaan yang terdapat pada Fauzan, Sungguh jauh. Jauh pinggang panggang dari api. Bak langit dan bumi! Hanya cacian kepada diri sendiri sahaja ketika itu. Berterusan memaki diri sendiri. Terasa hatinya seperti dimamah dengan rakus. Sakit matanya melihat mereka berdua. Kalau boleh, ‘Asri mahu matanya dibutakan tika itu juga!

Tiba-tiba terdengar laungan azan. Lantas mimpi ngeri itu dimatikan. Lenyap. Namun masih kekal di sanubari 'Asri. ‘Asri pantas bangun. Menyeka dahinya yang dilumuri dengan peluh. Kelihatan tercungap-cungap . Bantalnya kelihatan basah akibat deras peluh ‘Asri tadi. ‘Asri segera melihat jam dinding yang berbentuk segi empat yang dihiasi dengan warna biru laut. “Pukul 5.50 pagi”, ‘Asri bermonolog. ‘Asri terkenang peristiwa itu tadi. Sungguh menakutkan!

“ Ya Allah, kau selamatkanlah hubunganku bersama Afiqah. Kau jagalah hubungan kami. Ku mahu bersamanya senantiasa. Di hati. Di mana-mana tempat yang dikunjunginya (kalau boleh). Ya Allah, pada-Mu ku meminta, ku merayu, perkenankanlah doa hamba-Mu ini”, pinta ‘Asri sambil menangis teresak-esak setelah solat Subuh. Dibiarkan ombak laut mata menghempas pantai pipinya. Bersungguh-sungguh ‘Asri memohon, bermunajat kepada Tuhan Yang Esa. Ini bermakna ‘Asri mencintai Afiqah dengan ikhlas. Tulus kalbunya. Dan ‘Asri juga tidak mahu ada orang ketiga, keempat mahupun kelima dan nombor seterusnya untuk berusaha menghancurkan hubungan mereka. Diharapkan berkekalan sehingga perkahwinan antara mereka terlaksana dan utuh sehingga akhir hayat. Amin! Seperti utuhnya cinta antara Shah Jehan dan Mumtaz dalam sejarah pembinaan Taj Mahal.

‘Asri beria-ria tidak mahu peristiwa hitam itu berlaku dalam dunianya lagi. TIDAK SESEKALI!
Sungguh!

Sejak detik kelam itu, ‘Asri semakin merenggangkan hubungannya bersama Fauzan . Sebagai langkah berjaga-jaga.Berhati-hati memilih rakan.
Sesungguhnya, malang tidak berbau!

~ Tamat ~

Thursday, April 15, 2010

Miss her too much :'(

When You're Gone

I always needed time on my own
I never thought I'd need you there when I cry
And the days feel like years when I'm alone
And the bed where you lie is made up on your side
When you walk away I count the steps that you take
Do you see how much I need you right now?
When you're gone
The pieces of my heart are missing you
When you're gone
The face I came to know is missing too
When you're gone
The words I need to hear to always get me through
the day and make it ok
I miss you
I've never felt this way before
Everything that I do reminds me of you
And the clothes you left they lie on the floor
And they smell just like you, I love the things that you do
When you walk away I count the steps that you take
Do you see how much I need you right now?
When you're gone
The pieces of my heart are missing you
When you're gone
The face I came to know is missing too
When you're gone
The words I need to hear to always get me through
the day and make it ok
I miss you
We were made for each other
Out here forever
I know we were, yeah
All I ever wanted was for you to know
Everything I'd do, I'd give my heart and soul
I can hardly breathe I need to feel you here with me,yeah
When you're gone
The pieces of my heart are missing you
When you're gone
The face I came to know is missing too
When you're gone
The words I need to hear to always get me through
the day and make it ok
I miss you...


Note :
When i listened this music, i was thought of her , feel want to cry(sometimes), losing her make me felt lonely..sob sob sob :'(


Are you doing okay?


Are you doing okay?
Aren’t you sick?

I’m becoming worried of you being without me
I hope you eat well even if you’re busy
Bundle up when it gets cold

Live your life bravely and do not cry
I held a pen suddenly thinking of you
Are you eating well on your own?
I’m worrying today too

You know how much I care about you?

I think about you
Even though I know I can’t be like this

Today I’m only thinking about you
I’m worrying about you all day long...

P/s :
1# Thanks to kak dayah and kak nisa because helped me to change the 'new' background.
2# I can't hardly waiting you to come home ... I'VE BEEN MISSING YOU CRAZILY :'(

Saturday, April 10, 2010

Unbelievable!!!


And the rules after accepting this award on are :
1.Thank and link the person that give you the award
2.Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered.
3.Contact said Blogs and let them know they've won the award
4.State seven things about yourself.

1#Time kaseh kepada cik sumayyah (sumeiya anNajeiha ) sebab post award ni ( sebenarnye da lame tunggu, bile la nak dapat award?, Alhamdulillah, akhirnye dapat jue ) ;)

2# 15 bloggers....

3# Kepada semua bloggers yang telah di-tag nama
seperti mane di atas, boleh lah copy and paste picture kat atas tuh.. sekian,harap maklum.

4# Seven wonderful things 'bout me :-
(1) suke dengar lagu
(2) suke bace novel dan komik ( karya Zint )
(3) suke tengok wayang
(4) suke hang out dengan kawan-kawan
(5) i'm one of die hard fans of MAN UTD's club
(6) i'm in a relations with someone special in my life.. I LOVE YOU SWEETHEART.
( 7) shy boy (really?!)

Thursday, April 8, 2010

1st time tgk 3D lorh!!

Semalam kami (akmal,aku,syafiq sam,mamad,syamim,fez,naseyh,hilmi,marwan) pergi Mid Valley. Tengok wayang... title...




Memang GEMPAK la cerite dia,tapi... masalah dia,, 3D dia kurang menyerlah la,awak.huhuhu. So kepada sesape yang nak tengok 3D disyorkan kepade anda semua tengok animasi . Confirm BEZZZZ!!!

Then, kami pegi jalan-jalan..lalalala~. Pastu balik la...

Bad news : Man Utd kcewa lagi...... =(

P/s : Takpe-takpe Asyraff, ade hikmah di sebalik kekalahan... uwaaaaa



Wednesday, April 7, 2010

Jangan Ditangisi Pemergiannya ...


"Jangan Ditangisi Pemergiannya ... ". Begitulah perasaanku yang kini pasrah menerima natijah kehilangannya untuk sementara waktu. Sungguh sedih hati suci ini mengenangkan masa silam lalu. Pemergian si dia bertujuan untuk kebaikan. Untuk diri empunya badan jua. Mendoakan segala keindahan kehidupan yang didambakan oleh hati yang tulus,mulus dan fulus.(hah?!)

Tempat yang baik selalu diingini oleh segenap hati yang manis dengan iman.Yang kaya dengan sifat-sifat mahmudah. Dan jarang sekali orang yang 'kurang' baik dapat ke sana. Hanya mereka yang diberi hidayah dan taufiq sahaja dapat ke tempat yang sungguh indah itu. Dan itu adalah jawapannya. Bahawa anda(si dia) memiliki hati yang suci,hati yang sakinah,hati yang sentiasa kehausan dengan ilmu pengetahuan dan amal ibadat. Sungguh bertuah siapa yang memilikinya.

Selamat pergi dan pulang. Satu pintaku... Senantiasa doakan kebaikan kita! .. ( Empangan mataku tak lagi mampu menahan betapa kuatnya deras air, lalu ku biarkannya meleleh di pipiku yang gebu ini )

I'm gonna miss you ... ;-(

Sunday, April 4, 2010

New record in my life!!!

Hurmmmm...baru balek dari perangsang. Main boling dengan kawan-kawan. Sorry kat adam,hanafi(napi),fiq sam sebab kiteorang lambat sikit( sumpah lambat sikit,padehal dah dekat 1 jam dowang tunggu,huuhuhu). Sori ea bro...

Macam biase,kiteorang main 3 game,ni adelah senarai pemain....

Akmal,syamim,mamad,adam,asyraff,fiq sam,hanafi(napi).

1st game, mamad menang...(xde picture), poin dia 90 lebih kowt( kalau tak silap la )
2ng game, aku menang...



Poin aku yang tertinggi setakat ini... 135 ( gempak jew cam 135 LC pulak,hehehe)

3rd game...

127 (mamad),114(nasir),90(akmal),107(fiq sam)

119(aku),105(syamim)36(napi),98(adam)

p/s : Kiteorang memang tak sangke poin kite orang tinggi camni,,hehehe,(walaupun takde la tinggi sangat,tapi ni satu permulaan yang baek, bukan?? ). Mungkin kiteorang maen dengan niat nak challenge dengan budak-budak ni. Hahaha,,baru la GEMPAK WOKKKK!!!