Wednesday, May 12, 2010

Okey, Aku Senyum Sampai Telinga ...ngeh..ngeh,,

Berikut ialah kronologi mengapa aku sebegitu rupa ... tetapi ... (layan jew la ea)

1# Di pagi hari Selasa yang indah, aku berlatih kereta di kawasan perumahan sambil ditemani oleh ayahku. Sampai di suatu simpang,terdapat bukit. Aku mula memberanikan diri untuk mendakinya. Namun mati enjin, banyak kali jugak. Aku mula risau. Cemas tak menentu kerana pagi ini jugak aku akan menghadapi test JPJ. Ayahku berkata, " Haih along, tak tau la camne kejap lagi ... ". *Okey aku sedih . Sampai rumah aku terus masuk bilik. Kesepian dalam kegelapan.

2# Sebelum mama dan abah pergi keje, mama cakap kat aku ... " Buat elok-elok along, ala, bukit yang along berlatih tu tak same dengan yang along praktis , mama yakin along leh wat ." Abah pulak, " Takpe la along, tu sume pengalaman , kalau takde pengalaman tak ke mane." *Waaaa ... sadis sungguh kata-kata mereka.

3# Aku tertengok fon nokia aku, terdapat mecej padanya . Daripada Nisa(kazen aku) , " Gud Luck ;) ! ". Huhuhu..time kaseh lorh wish aku .

4# Kemudian bersiap-siap ke Gombak(pukul 10.40 pagi). Sampai di sana, aku mendapat panggilan daripada si dia . *takyah la cite*

5# Tunggu aku nye turn. Lebih kurang 10 minit, sorang pak cik cakap, " Sesi tiga ... pukul 1.30. " So, aku lepak kat rumah opah aku. Baring dan bla bla bla.

6# Pergi balik tempat test. Jumpe Faezi. Hahaha..borak macam-macam sebab lame tak jumpe lorh. Dia baru test hari ini ... aku cakap la aku, aku repeat.... (ha, korang gelakkan aq la tuh. Kwajaq!)

7# Tapi takpe, Alhamdulillah, aku LULUS. Korang nampak tak?

LULUS!!! ;)
8# Lepas habis, kalau boleh satu dunia aku nak call. *Betape semangatnye aku*
9# Waktu nak balik, moto pulak wat hal. Tayar pancit ...tragis betol...huhuhu..
Sekian,trimas sebab menghayati cerita aku nie. hahaha.. Luv u all.

6 comments:

dakgmOk said...

tahniah!

i knw u can do it!

gagal skali x bermakne ggl slame2nyew,tol x?

;))

Kech Hidayah said...

congrats Along!!dah boleh bawak akak2 sume ni bersiar2 kat penang la pasni..hhehehe

asyraff said...

dakgmOk : hhhaha..thnx 4 ur wish too!!

Nur Hidayah Yahya: kalo abah kasi la....

Khairun Nisa Jalani said...

lulus pon.. jom jln2 cari makan.. nyum2

Mr. Asada said...

hahaha..

congrats!! nti leh la g ambik lesen F1 plak. hihi :P

kesian plak dgr kisah tayar pancit. menapak ke teruskan daya mengusung moto? hihi :P

asyraff said...

nisa : hahaha...insyaAllah..some other day


ASaDa RyutaRo: hha...mekaseh..xde la..ley jew bwk moto tu...nseb bek workshop dkt...kalo x.....