When you make decisions, follow your heart and not your mind. For if your mind’s decision fails, you regret. But if your heart fails, you just smile and say, “Nice try.”
Wednesday, April 28, 2010
Kenape Mesti Aku, Ya Allah?!
Selama seminggu ini, insyaAllah, blog ini tidak akan di-update kerana mood aku telah hilang. Lenyap ditelan di litar. Harap-harap mood keceriaan aku akan kembali sinar pada minggu hadapan. I hate myself!*keluhan yang kuat*
Adakah lahirnya aku di muka bumi yang indah ini hanya sekadar menjadi 'bebanan' kepada keluarga? Kepada semua orang disekeliling aku jua? Mengapa diriku, ya Allah? Kenapa mesti aku?! Adakah salah ibu mengandung?
Tidak! Salah dirimu wahai Asyraff!!!
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, wahai tuhan Yang Maha Pengampun(Al-Ghafur). Kasihanilah hamba-Mu ini, wahai tuhan Yang Maha Mengasihani(Al-Rahim).
Kepada anda yang sedang membaca entri ini, doakan kejayaan aku di dunia dan di akhirat juga tidak ketinggalan. Lebih-lebih lagi pada minggu hadapan aku akan repeat test JPJ. AMIN...
Moga-moga ada hikmah disebalik kegagalanku ini.
Maafkan kesilapanku yang selama ini pernah menyakiti hati si pembaca yang memiliki hati yang suci.... Maafkan aku :'(
Sunday, April 25, 2010
Aku Benci Kamu!!!
Namun kata orang, "tahap kesabaran seseorang ada hadnya!". Jadi, 'Asri mengambil keputusan untuk memberanikan diri, keluarkan 'aura singa' dari dirinya. Dia tidak tahan akan sikap 'rakan baru'nya itu, dan akhirnya 'dia' berjaya dikalahkan!
JERAWAT!!!
Thursday, April 22, 2010
Saya tak pergi lama pon.... :'(
P/s : Setakat ini dulu ... smile always! ;D
Tuesday, April 20, 2010
Exciting AWARD 5-FIVE-KHAMSAH!!
#Cute kan
CONDITIONS!!! (Please give attention for awhile)
- Kopipes award ni
~Thank you for your concern~ Mmmmuaaahhhh!! You have been kissing by me ;)
[1] FIVE nama that people call you
[2] FIVE important dates in your life
[3] FIVE things that you done yesterday
[4] FIVE ways to be happy
[5] FIVE favourite movies
[6] FIVE favourite hobbies
[7] FIVE favourite people
[8] FIVE favourite places for vacation
[9] FIVE reasons you answers the survey
[10] FIVE persons to tag
Selamat menjawab dengan tenang. :D
New Award!!! ;)
Monday, April 19, 2010
I had tagged by kak dayah!
* 30 tentang diriku *
1. Namaku ialah Muhammad Asyraff Bin Surtan Adam.
2. Kini, menetap di 01-19 Blok Mawar, Taman Tun Teja, 48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan. ( Jemputlah ke mari kalau nak
3. Tarikh lahirku 10 September 1992. ( Ha, sekarang korang dah tau bufday aku,kan? Jangan segan silu beri
5. I love my siblings too! ( Walaupun
6. Gemar mendengar lagu-lagu (Whatever songs, yang penting best, wa layan je der.)
10. Nickname : Sinclair ( Since sekolah menengah taon bape entah, wa lupe lorh... Aku mula menjinak-jinakkan diriku dengan panggilan tersebut. And gelaran tu da sebati dalam jiwa lelakiku ini. People said my face look like Ashraf Sinclair . Ni mitos atau fakta? )
11. Suka lepak-lepak dengan kengkawan ( indoor and outdoor,sometimes )
12. Suka melukis (
13. I’M NOT SINGLE! ( Jangan bersedih kepada ‘bunga-bunga’ yang di luar sana. )
14. Minat membaca novel dan komik ( especially karya Zint )
15. Suka online ( blogging,
16. Suka nyanyi (walaupun aku sedar suara aku tak sedap macam
17.Memiliki teddy bear yang amat cute.
18. Ada jugak orang keramaian kata aku ni handsome, tegap * i’m exaggerating *, JUJUR, JIWANG! ( Perli aku ke beb? )
19. I love money and need money. NO MONEY NO TALK!! (Ka-ching X2!!) v($_$)v
20. Detik ini, aku sedang dalam proses membela rambut panjang ala-ala pontianak Korean artist.
21. Suka makan (takdela sampai tahap kebelulur! )
22. Suka cari pasal dengan orang ( sebenarnya nak gurau-gurau, tapi tulah, jangan sesekali main dengan api, kelak membakar diri! )
23. Pemalu ( Err... entahlah, biasanya dengan gurlz )
24. Suka =_=(tidur) [ terutamanya ketika sejuk, tengok keadaan jugak,takkanlah masa drive aku nak tido pulakkan ]
25. Mudah nangis(tersentuh) atau lebih specific mempunyai hati yang lembut.. [ kalau menyentuh bab-bab yang sensitive, ha, mulalah sebak mengepung diri ] :’(
26. Telingaku( termasuk jua mukaku ) akan bertukar pink kemerah-merahan kalau cuaca panas dan ketika ku sedang malu ( Ni fakta! )
27. I love chocolates! So damn much!
28. Saya tak pandai memujuk orang ( sorry my dearest )
29. I really hate simple dimple pimples!
30. Suka wangi-wangian.
P/s : Sememangnya diriku ini terdapat banyak yang perlu diterokai. Kepada mereka yang sudi mengenali diri ini, sila dail 012-143XOXO. (^____^)
THE END.
Anda juga perlu lakukan ini... Jangan tak buat... i cium marah nanti ...
Friday, April 16, 2010
CAUCHEMAR!!!
“ Astaghfirullahal ‘azim!”, ucap ‘Asri sambil menyeka keringat yang membasahi dahinya yang licin. Kalimah taubat itu seakan-akan dapat menenangkan hatinya yang sedang bergelora. Berkecamuk. Dia terjaga daripada tidurnya setelah diulit mimpi. Mimpi teruk dalam hidupnya!
‘Asri mempunyai seseorang yang special dalam hidupnya. Seorang teman yang selalu dikongsi segala kisah tentang dirinya. Suka duka kehidupannya. Pahit
‘Asri mengimbau nightmares yang dialami olehnya. Segala-galanya membuatkan dirinya menjadi tidak keruan. Sungguh sukar diluputkan dari kotak pemikirannya. Sangat payah dibuang jauh dari garis hidupnya. Walaupun ia sekadar mimpi. Walaupun hanya sekadar mainan tidur gamaknya, namun masih tidak dapat disingkirkan. Ini merupakan mimpi buruk pertama yang dialami oleh ‘Asri sejak berpasangan bersama Afiqah, teman sehidup semati. Doanya.
*****
“Assalamualaikum”, ucap ‘Asri. Daun pintu rumah itu dikuak perlahan-lahan. Ucapan salam bertukar ganti. ‘Asri dan Fauzan bertandang ke rumah Afiqah. Kedatangan Fauzan hanyalah sekadar menemani sahabat baiknya. ‘Asri merupakan seorang yang agak pemalu apabila berjumpa dengan perempuan. Tetapi dia pun tidak pasti bagaimana
Mereka semua merupakan pelajar lepasan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) tahun 2007. Dan mereka juga adalah dari satu kelas yang sama!
Rumah banglo yang mempunyai dua setengah tingkat itu kelihatan pudar warnanya. Luntur. Mungkin cuaca yang tidak menentu menghakis serba sedikit kesempurnaan rona rumah tersebut.
Afiqah sering alpa untuk mengunci pintu pagar kerana beranggapan bahawa rumahnya tidak akan dimasuki oleh sesiapa. Lagipun, ibu bapanya fly to oversea, Jepun untuk menjenguk anak sulung mereka yang telah menyambung pengajian dalam bidang engineering dan sekaligus untuk menyambut kejayaan anak mereka setelah dinobatkan sebagai graduasi di Negara Matahari Terbit itu. Memang patutlah dia berkelakuan sebegitu kerana rumahnya terletak di atas bukit dan jarang orang lalu-lalang ke situ. Masih terdapat banyak banglo yang tidak berpenghuni walaupun ramai orang yang berjawatan tinggi telah membelinya. Termasuklah doktor, peguam, jurutera,
Tujuan mereka hanya ingin melawati Afiqah kerana ‘Asri teringin sangat berjumpa dengan buah hatinya itu. Ini juga merupakan kali pertama ‘Asri mengunjungi rumah Afiqah bersama rakan baiknya, Fauzan.
Afiqah menjemput mereka berdua masuk. Ketika itu, Afiqah baru sahaja usai mandi. Dan kelihatan juga hitam rambutnya yang panjang mengurai dalam kebasahan. “ Cantiknya!”, getus ‘Asri dalam hati. Mereka juga dijemput duduk di atas sofa mewah yang berona coklat cerah. Lembut. Sementelahan mereka duduk, Afiqah bergegas ke dapur untuk menjamu tetamunya.
‘Asri dan Fauzan mencuci mata mereka dengan menyaksikan keindahan ‘syurga dunia’ milik anak bongsu kepada Dato’ Ismail dan Datin Rafidah. Walaupun kelihatan kusam di bahagian luar rumah, namun siapa sangka di dalamnya sungguh menakjubkan. Sangat menenangkan kalbu. Masing-masing terleka dengan keajaiban yang sukar diterima akal fikiran. Mereka termangu seketika.
Mereka tersentak setelah mendengar suara Afiqah yang menuju ke arah mereka berdua sambil membawa dulang yang diisi dengan seteko air teh dan tiga cawan di atasnya. “ Amboi... apa yang kau berdua tenungkan? Haihh.. rumah ni takdelah besar dan secantik istana sultan”, terang Afiqah. ‘Asri dan Fauzan hanya tersenyum manis sehingga menyerlahkan putih gigi mereka bak salji. Mereka bersama-sama minum air tersebut yang telah dihidang sebentar tadi setelah dipelawa oleh Afiqah.
“ Cantik rambut!”, usik ‘Asri, buah hatinya. Afiqah tersedak. Dia begitu terleka melayan tetamu sampai terlupa untuk menghiasi dirinya sendiri. Afiqah berlalu sambil tunduk malu kerana sikapnya sendiri. Mudah leka. Fikirannya khayal melayang-layang entah ke mana. Ibarat layang-layang terputus talinya. Mukanya kelihatan begitu manis walaupun tanpa dikenakan walau secalit pun alat mekap di mukanya . Afiqah beransur ke ruang tamu untuk menyikat rambutnya yang terurai cantik itu.
Sedang Afiqah ralit berdandan di hadapan cermin besar berbingkai kayu yang dicat berwarna emas itu , dan juga bersaiz lima kaki kali dua kaki setengah, tiba-tiba Fauzan menghampiri gadis yang bertubuh kurus melidi itu, tapi tetap kelihatan cantik dan menawan. Tidak semena-mena Fauzan memegang rambut Afiqah dan sengaja bermanja-manja dengan Afiqah sedangkan ‘Asri ada di situ. Ibarat tunggul diperlakukan oleh sahabat baik dia itu. ‘Asri terpampan sendirian. Afiqah berfikiran bahawa Fauzan hanya ingin bergurau dengannya, namun tanpa Afiqah sedari, terdapat hati yang luka.
‘Asri seolah-olah tidak mampu berkata-kata. Diam seribu bahasa. Seakan bisu bibirnya seperti terdapat emas di dalam mulutnya. Takut hendak mengeluarkan setiap butir bicara. Terasa kaku tangan dan kakinya. Hanya lirikan mata sahaja mampu dilakukan oleh ‘Asri.
Pedih!
Sungguh sedih! Kepiluan menguasai
Tiba-tiba terdengar laungan azan. Lantas mimpi ngeri itu dimatikan. Lenyap. Namun masih kekal di sanubari 'Asri. ‘Asri pantas bangun. Menyeka dahinya yang dilumuri dengan peluh. Kelihatan tercungap-cungap . Bantalnya kelihatan basah akibat deras peluh ‘Asri tadi. ‘Asri segera melihat jam dinding yang berbentuk segi empat yang dihiasi dengan warna biru laut. “Pukul 5.50 pagi”, ‘Asri bermonolog. ‘Asri terkenang peristiwa itu tadi. Sungguh menakutkan!
“ Ya Allah, kau selamatkanlah hubunganku bersama Afiqah. Kau jagalah hubungan kami. Ku mahu bersamanya senantiasa. Di hati. Di mana-mana tempat yang dikunjunginya (kalau boleh). Ya Allah, pada-Mu ku meminta, ku merayu, perkenankanlah doa hamba-Mu ini”, pinta ‘Asri sambil menangis teresak-esak setelah solat Subuh. Dibiarkan ombak laut mata menghempas pantai pipinya. Bersungguh-sungguh ‘Asri memohon, bermunajat kepada Tuhan Yang Esa. Ini bermakna ‘Asri mencintai Afiqah dengan ikhlas. Tulus kalbunya. Dan ‘Asri juga tidak mahu ada orang ketiga, keempat mahupun kelima dan nombor seterusnya untuk berusaha menghancurkan hubungan mereka. Diharapkan berkekalan sehingga perkahwinan antara mereka terlaksana dan utuh sehingga akhir hayat. Amin! Seperti utuhnya cinta antara Shah Jehan dan Mumtaz dalam sejarah pembinaan Taj Mahal.
‘Asri beria-ria tidak mahu peristiwa hitam itu berlaku dalam dunianya lagi. TIDAK SESEKALI!
Sejak detik kelam itu, ‘Asri semakin merenggangkan hubungannya bersama Fauzan . Sebagai langkah berjaga-jaga.Berhati-hati memilih rakan.
Thursday, April 15, 2010
Miss her too much :'(
I always needed time on my own
I never thought I'd need you there when I cry
Note : When i listened this music, i was thought of her , feel want to cry(sometimes), losing her make me felt lonely..sob sob sob :'(
Are you doing okay?
I’m becoming worried of you being without me
You know how much I care about you?
P/s : 1# Thanks to kak dayah and kak nisa because helped me to change the 'new' background.
Saturday, April 10, 2010
Unbelievable!!!
And the rules after accepting this award on are :
1.Thank and link the person that give you the award
2.Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered.
3.Contact said Blogs and let them know they've won the award
4.State seven things about yourself.
2# 15 bloggers....
3# Kepada semua bloggers yang telah di-tag nama
4# Seven wonderful things 'bout me :-
Thursday, April 8, 2010
1st time tgk 3D lorh!!
Memang GEMPAK la cerite dia,tapi... masalah dia,, 3D dia kurang menyerlah la,awak.huhuhu. So kepada sesape yang nak tengok 3D disyorkan kepade anda semua tengok animasi . Confirm BEZZZZ!!!
Then, kami pegi jalan-jalan..lalalala~. Pastu balik la...
Bad news : Man Utd kcewa lagi...... =(
P/s : Takpe-takpe Asyraff, ade hikmah di sebalik kekalahan... uwaaaaa
Wednesday, April 7, 2010
Jangan Ditangisi Pemergiannya ...
Tempat yang baik selalu diingini oleh segenap hati yang manis dengan iman.Yang kaya dengan sifat-sifat mahmudah. Dan jarang sekali orang yang 'kurang' baik dapat ke sana. Hanya mereka yang diberi hidayah dan taufiq sahaja dapat ke tempat yang sungguh indah itu. Dan itu adalah jawapannya. Bahawa anda(si dia) memiliki hati yang suci,hati yang sakinah,hati yang sentiasa kehausan dengan ilmu pengetahuan dan amal ibadat. Sungguh bertuah siapa yang memilikinya.
Selamat pergi dan pulang. Satu pintaku... Senantiasa doakan kebaikan kita! .. ( Empangan mataku tak lagi mampu menahan betapa kuatnya deras air, lalu ku biarkannya meleleh di pipiku yang gebu ini )
I'm gonna miss you ... ;-(
Sunday, April 4, 2010
New record in my life!!!
Macam biase,kiteorang main 3 game,ni adelah senarai pemain....
Akmal,syamim,mamad,adam,asyraff,fiq sam,hanafi(napi).
1st game, mamad menang...(xde picture), poin dia 90 lebih kowt( kalau tak silap la )
2ng game, aku menang...
3rd game...
127 (mamad),114(nasir),90(akmal),107(fiq sam)
119(aku),105(syamim)36(napi),98(adam)
p/s : Kiteorang memang tak sangke poin kite orang tinggi camni,,hehehe,(walaupun takde la tinggi sangat,tapi ni satu permulaan yang baek, bukan?? ). Mungkin kiteorang maen dengan niat nak challenge dengan budak-budak ni. Hahaha,,baru la GEMPAK WOKKKK!!!
Friday, April 2, 2010
Takziah... =(
Ni berita sedih yang baru aku dengar daripada ayahku... Ayahku beritahu aku bahawa Din Beramboi telah meninggal dunia. Pukul 12.30 pagi. Innalillahi wa inna ilaihi roji'un. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.
Same-samelah kite sedekahkan Al-Fatihah kepada si jenazah. Mudah-mudahan dia diselamatkan daripada seksaan kubur dan ditempatkan bersame-same para syuhada', para rasul dan malaikat. AMIN...
Enjoy ;)
Solat hajat tu bertujuan nak doakan si mamad ni masuk U , alang-alang kawan-kawan dah datang, doakan la sekali, tak gitu? AMIN...
Lepas solat ade bacaan Yaasin, makan-makan sikit,salam-salaman dengan tuan rumah a.k.a ayah mamad la... Lepas tu, mamad ajak kiteowang pegi makan kat Big Mug. Mamad dapat duit daripada pak cik dia, sebab tu dia beria-ria nak support kiteorang. Orang nak belanje, sebat jew semua..hahaha.
Pastu,along da way balek umah, apelagi , karae-ok-ke-ko..hahaha. Memang enjoy la beb! Syamim dengan mamad dok menari sambil menyanyi. Gelak-tawa mule terburai. Hahahaha!!!
Nasir tak nyanyi kot, penat kot..hehehe. Kiteorang mule-mule layan lagu hits Nassir Wahab. Pastu lagu Yank daripada Wali Band.. Hohohohoho!! Memang layan!! Mamad la orang paling gumbira, dok nyanyi sambil menari. Syamim pon ikut serta setelah terpengaruh dengan tarian dan ajakan mamad. Aku? Takde la over sangat... Just nyanyi jew..hehehe ( sedap kew? ).
Nak dekat sampai umah mamad, lagu hits terbaru daripada Hafiz AF5, iaitu Noktah Cinta... Perghhh!! Turn aku pulak layan lagu ni... tak over-acting pon. Lalalalala~~
Lepas dah hantar semua, akmal pon balek dengan kereta proton saga merah milik ibunye .
K semua.. da lambat dah ni.. tido dulu ea sayang.. mmmuahhhh! Hehehehe... keep in touch.
P/s : (To my sweetheart) U're such a nice girl... thats why i'm luving u... Take care, my dearest baby... XOXOXOXO ;)). I'll never betray to u...thats my promise to you!!! Trust me!!