" AKU BENCI KAMU!!!!!",teriak 'Asri kepada 'rakan baru'nya. 'Rakan baru' itu muncul lagi dalam hidup 'Asri, sebagai rakan yang tidak diundang!
Acap kali 'dia' cuba menghancurkan keindahan kehidupan 'Asri, namun 'Asri tetap sabar, teguh keimanannya. Benci, meluat,menyampah dan pelbagai tohmahan yang diajukan kepada 'dia'. Apakah salah 'Asri sehingga diperlakukan sebegitu? Mengapa perlu ada yang dengki? Salahkah jika 'Asri hidup dengan damai dan tenang?!
Begitulah lembaran hidup 'Asri setelah hadirnya 'rakan baru' itu. Pelbagai soalan mengepung diri, menguasai minda 'Asri. 'Asri pernah mencuba untuk membelasah'nya'. Tapi apakan daya seorang insan yang lemah, malang tidak berbau. 'Asri ditimpa bencana. Sakit hati, mata, muka dan sebagainya akibat perbuatannya itu. Kadangkala begitu mudah untuk menyingkirkan 'dia' , dan sesekali tewas jua.
Namun kata orang, "tahap kesabaran seseorang ada hadnya!". Jadi, 'Asri mengambil keputusan untuk memberanikan diri, keluarkan 'aura singa' dari dirinya. Dia tidak tahan akan sikap 'rakan baru'nya itu, dan akhirnya 'dia' berjaya dikalahkan!
Tapi persoalannya, adakah 'dia' akan datang menjenguk 'Asri kembali? Sama-sama kita tunggu kesudahannya.
P/s : Pasti anda semua tertanya-tanya siapakah 'rakan baru' Asri itu. Dan inilah jawapannya ...
JERAWAT!!!
4 comments:
jerawat gatal tu...hahaha
aku benci ko gak
Nur Hidayah Yahya : hahaha...amboi kak dayah..hehehe..mnede la.. :P
alarmshark : bagos2...jg benci aq,,, benci mr pimples tuh
Post a Comment