Friday, April 16, 2010

CAUCHEMAR!!!


Astaghfirullahal ‘azim!”, ucap ‘Asri sambil menyeka keringat yang membasahi dahinya yang licin. Kalimah taubat itu seakan-akan dapat menenangkan hatinya yang sedang bergelora. Berkecamuk. Dia terjaga daripada tidurnya setelah diulit mimpi. Mimpi teruk dalam hidupnya!

‘Asri mempunyai seseorang yang special dalam hidupnya. Seorang teman yang selalu dikongsi segala kisah tentang dirinya. Suka duka kehidupannya. Pahit masam-masam manis ujian yang ditempuhi. Dia tidak berasa kolot malu mahupun janggal untuk bercerita tentang diari hidupnya kepada si dia. Kerana ‘Asri yakin bahawa si dia tidak akan membocorkan rahsianya. Biar pecah di perut jangan pecah di mulut. Si dia yang dimaksudkan ialah Afiqah. Gadis yang menjadi dambaan semua lelaki. Senyuman di bibirnya mampu menawan Gunung Everest, mampu mencairkan kutub utara dan kutub selatan. Ini membuatkan diri Afiqah begitu ‘hangat’ pada semua pandangan lelaki terhadap dirinya. Menambat hati sesiapa yang memandangya. Sungguh menawan!

‘Asri mengimbau nightmares yang dialami olehnya. Segala-galanya membuatkan dirinya menjadi tidak keruan. Sungguh sukar diluputkan dari kotak pemikirannya. Sangat payah dibuang jauh dari garis hidupnya. Walaupun ia sekadar mimpi. Walaupun hanya sekadar mainan tidur gamaknya, namun masih tidak dapat disingkirkan. Ini merupakan mimpi buruk pertama yang dialami oleh ‘Asri sejak berpasangan bersama Afiqah, teman sehidup semati. Doanya.

*****

“Assalamualaikum”, ucap ‘Asri. Daun pintu rumah itu dikuak perlahan-lahan. Ucapan salam bertukar ganti. ‘Asri dan Fauzan bertandang ke rumah Afiqah. Kedatangan Fauzan hanyalah sekadar menemani sahabat baiknya. ‘Asri merupakan seorang yang agak pemalu apabila berjumpa dengan perempuan. Tetapi dia pun tidak pasti bagaimana dan kenapa dia boleh jatuh hati terhadap si gadis yang agak pendek kurang tinggi daripadanya tersebut. Sedangkan sifat malunya ‘terkenal’ di sekolah suatu ketika dahulu. Ramai yang tidak sangka bahawa ‘Asri ni menaruh perasaan kepada Afiqah sejak zaman persekolahan dulu.Diam-diam ubi kentang berisi. an kini, ‘Asri bersama dengan Afiqah sebagai teman tapi mesrahidup. Pintanya kepada Allah.

Mereka semua merupakan pelajar lepasan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) tahun 2007. Dan mereka juga adalah dari satu kelas yang sama!

Rumah banglo yang mempunyai dua setengah tingkat itu kelihatan pudar warnanya. Luntur. Mungkin cuaca yang tidak menentu menghakis serba sedikit kesempurnaan rona rumah tersebut.

Afiqah sering alpa untuk mengunci pintu pagar kerana beranggapan bahawa rumahnya tidak akan dimasuki oleh sesiapa. Lagipun, ibu bapanya fly to oversea, Jepun untuk menjenguk anak sulung mereka yang telah menyambung pengajian dalam bidang engineering dan sekaligus untuk menyambut kejayaan anak mereka setelah dinobatkan sebagai graduasi di Negara Matahari Terbit itu. Memang patutlah dia berkelakuan sebegitu kerana rumahnya terletak di atas bukit dan jarang orang lalu-lalang ke situ. Masih terdapat banyak banglo yang tidak berpenghuni walaupun ramai orang yang berjawatan tinggi telah membelinya. Termasuklah doktor, peguam, jurutera,u sawanusahawan dan sebagainya. Malahan terdapat jua Tan Sri yang dikatakan memiliki aset kemewahan yang berlipat ganda di luar negara. Cuma masih belum check-in sahaja. Tambahan pula, jarak antara rumah ke rumah agak jauh. Ini membuatkan keadaan menjadi sunyi dan tenang. Dan kadangkala menyeramkan ...

Tujuan mereka hanya ingin melawati Afiqah kerana ‘Asri teringin sangat berjumpa dengan buah hatinya itu. Ini juga merupakan kali pertama ‘Asri mengunjungi rumah Afiqah bersama rakan baiknya, Fauzan.

Afiqah menjemput mereka berdua masuk. Ketika itu, Afiqah baru sahaja usai mandi. Dan kelihatan juga hitam rambutnya yang panjang mengurai dalam kebasahan. “ Cantiknya!”, getus ‘Asri dalam hati. Mereka juga dijemput duduk di atas sofa mewah yang berona coklat cerah. Lembut. Sementelahan mereka duduk, Afiqah bergegas ke dapur untuk menjamu tetamunya.
‘Asri dan Fauzan mencuci mata mereka dengan menyaksikan keindahan ‘syurga dunia’ milik anak bongsu kepada Dato’ Ismail dan Datin Rafidah. Walaupun kelihatan kusam di bahagian luar rumah, namun siapa sangka di dalamnya sungguh menakjubkan. Sangat menenangkan kalbu. Masing-masing terleka dengan keajaiban yang sukar diterima akal fikiran. Mereka termangu seketika.

Mereka tersentak setelah mendengar suara Afiqah yang menuju ke arah mereka berdua sambil membawa dulang yang diisi dengan seteko air teh dan tiga cawan di atasnya. “ Amboi... apa yang kau berdua tenungkan? Haihh.. rumah ni takdelah besar dan secantik istana sultan”, terang Afiqah. ‘Asri dan Fauzan hanya tersenyum manis sehingga menyerlahkan putih gigi mereka bak salji. Mereka bersama-sama minum air tersebut yang telah dihidang sebentar tadi setelah dipelawa oleh Afiqah.

“ Cantik rambut!”, usik ‘Asri, buah hatinya. Afiqah tersedak. Dia begitu terleka melayan tetamu sampai terlupa untuk menghiasi dirinya sendiri. Afiqah berlalu sambil tunduk malu kerana sikapnya sendiri. Mudah leka. Fikirannya khayal melayang-layang entah ke mana. Ibarat layang-layang terputus talinya. Mukanya kelihatan begitu manis walaupun tanpa dikenakan walau secalit pun alat mekap di mukanya . Afiqah beransur ke ruang tamu untuk menyikat rambutnya yang terurai cantik itu.

Sedang Afiqah ralit berdandan di hadapan cermin besar berbingkai kayu yang dicat berwarna emas itu , dan juga bersaiz lima kaki kali dua kaki setengah, tiba-tiba Fauzan menghampiri gadis yang bertubuh kurus melidi itu, tapi tetap kelihatan cantik dan menawan. Tidak semena-mena Fauzan memegang rambut Afiqah dan sengaja bermanja-manja dengan Afiqah sedangkan ‘Asri ada di situ. Ibarat tunggul diperlakukan oleh sahabat baik dia itu. ‘Asri terpampan sendirian. Afiqah berfikiran bahawa Fauzan hanya ingin bergurau dengannya, namun tanpa Afiqah sedari, terdapat hati yang luka.
Luka yang amat parah! Sukar untuk diubati!

‘Asri seolah-olah tidak mampu berkata-kata. Diam seribu bahasa. Seakan bisu bibirnya seperti terdapat emas di dalam mulutnya. Takut hendak mengeluarkan setiap butir bicara. Terasa kaku tangan dan kakinya. Hanya lirikan mata sahaja mampu dilakukan oleh ‘Asri.

Pedih!
Sungguh sedih! Kepiluan menguasai dara diri.
'Asri benar-benar tidak percaya apa yang sedang dilakukan teman baiknya itu. Tiba-tiba ‘Asri teringat kata-kata rakannya, Nasruddin. “ ‘Asri, kau janganlah terlalu memberi kepercayaan penuh 100 % terhadap Fauzan. Kau sendiri tahu sikapnya. Dia tu kan playboy! Aku harap kau tidak menyesal dengan apa yang kau lakukan sekarang ini. Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah! “. Tapi sikap ego ‘Asri yang amat tinggi dan ingin backing kawan , akhirnya seakan-akan memakan diri sendiri !
‘Asri sedar, dia tidak mempunyai badan yang tegap seperti yang dimiliki oleh Fauzan , untuk melakukan sesuatu. Untuk melindungi buah hatinya. ’Asri juga sedar dia terlalu bodohkurang pandai dalam memilih kawan. Dan dia turut tidak kurang pandai dalam pelajaran. Jika dibandingkan dengan keistimewaan yang terdapat pada Fauzan, Sungguh jauh. Jauh pinggang panggang dari api. Bak langit dan bumi! Hanya cacian kepada diri sendiri sahaja ketika itu. Berterusan memaki diri sendiri. Terasa hatinya seperti dimamah dengan rakus. Sakit matanya melihat mereka berdua. Kalau boleh, ‘Asri mahu matanya dibutakan tika itu juga!

Tiba-tiba terdengar laungan azan. Lantas mimpi ngeri itu dimatikan. Lenyap. Namun masih kekal di sanubari 'Asri. ‘Asri pantas bangun. Menyeka dahinya yang dilumuri dengan peluh. Kelihatan tercungap-cungap . Bantalnya kelihatan basah akibat deras peluh ‘Asri tadi. ‘Asri segera melihat jam dinding yang berbentuk segi empat yang dihiasi dengan warna biru laut. “Pukul 5.50 pagi”, ‘Asri bermonolog. ‘Asri terkenang peristiwa itu tadi. Sungguh menakutkan!

“ Ya Allah, kau selamatkanlah hubunganku bersama Afiqah. Kau jagalah hubungan kami. Ku mahu bersamanya senantiasa. Di hati. Di mana-mana tempat yang dikunjunginya (kalau boleh). Ya Allah, pada-Mu ku meminta, ku merayu, perkenankanlah doa hamba-Mu ini”, pinta ‘Asri sambil menangis teresak-esak setelah solat Subuh. Dibiarkan ombak laut mata menghempas pantai pipinya. Bersungguh-sungguh ‘Asri memohon, bermunajat kepada Tuhan Yang Esa. Ini bermakna ‘Asri mencintai Afiqah dengan ikhlas. Tulus kalbunya. Dan ‘Asri juga tidak mahu ada orang ketiga, keempat mahupun kelima dan nombor seterusnya untuk berusaha menghancurkan hubungan mereka. Diharapkan berkekalan sehingga perkahwinan antara mereka terlaksana dan utuh sehingga akhir hayat. Amin! Seperti utuhnya cinta antara Shah Jehan dan Mumtaz dalam sejarah pembinaan Taj Mahal.

‘Asri beria-ria tidak mahu peristiwa hitam itu berlaku dalam dunianya lagi. TIDAK SESEKALI!
Sungguh!

Sejak detik kelam itu, ‘Asri semakin merenggangkan hubungannya bersama Fauzan . Sebagai langkah berjaga-jaga.Berhati-hati memilih rakan.
Sesungguhnya, malang tidak berbau!

~ Tamat ~

2 comments:

alarmshark said...

tak paham

asyraff said...

alarmshark : ni sal ,,mimipi la...aduyai,,bace la bro