Monday, June 14, 2010

Bulan Rejab , Bulan Allah S.W.T.


" Sesungguhnya Solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah Tuhan Sekalian Alam. " ~ Al-An'am 162

Hari ini, hari Isnin, bersamaan 1 Rejab 1431 Hijrah. Seperti mauduk di atas, dan insyaAllah, semua ummah Islam tahu akannya,bahawa bulan Rejab adalah bulan Allah. Ini menunjukkan kepada kita , betapa pantasnya masa berlalu. Sedar-sedar umat Islam sudah memasuki bulan yang ke tujuh dalam kalendar Islam. Dan kemudiannya Sha'ban, Ramadhan dan seterusnya. Putaran masa tetap berjalan. Tidak menunggu kita . Hanya kita yang mampu mengubahnya.

Tolak tambah amalan kita, adakah kita telah melakukan banyak amalan soleh ? Dan jika kita fikir kita sudah terlalu banyak melaksanakannya, adakah kita yakin amalan-amalan kita akan diterima oleh Sang Pencipta ?


Wahai umat Islam, saya sebagai hamba Allah, ingin mengajak diri saya serta diri muslimin dan muslimat agar kita bersatu hati untuk senantiasa melakukan amal soleh. Sekurang-kurangnya, amalan kita lebih baik daripada tahun lepas, InsyaAllah ,Amin ...

Ayuh, saudara-saudaraku ! Mari kita bersama-sama berpuasa sunat dan di sini saya sertakan beberapa hadith untuk menambahkan semangat kita untuk beristiqamah dalam ibadah.

" Barangsiapa berpuasa sunat Rejab sehari , diberi pahala seperti berpuasa 40 tahun dan diberi minum air syurga dan diberi pahala seperti mengerjakan ibadat seumur hidup. "

" Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya. "


Dan begitulah antara nama 99 yang dimiliki oleh Allah , iaitu Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih . Jadi , marilah kita tanamkan 'azam dalam diri masing-masing untuk terus nasihat-menasihati manusia ke arah kebaikan. Mari menuju ke syurga !

3 comments:

dakgmOk said...

yew!!
mari menuju ke syurge same2!

;))

asyraff said...

dakgmOk : insyaAllah ...

asyraff said...

Amin ... ;))