Monday, June 21, 2010

Kisah Ku Hari Ini ...

Hai semua ! Sehat ? Alhamdulillah kalau sehat , kalau sakit, jangan risau ade hikmah tuh ... :)

Saje nak cerita aktiviti ari ni ... Layan ~


Bangun pagi pukul 6.15 , then terus pegi bilik air . Gosok gigi . Amek wuduk. Dan solat berjemaah dengan parents. :) For this time, aku jadi imam. Selalunye my mom dad ... :D



Then , sambung agenda 'TIDUR' !!!



Sedar-sedar dah pukul 8.15 pagi, then online jap. Ingatkan nak online setengah jam tapi kegilaan ku pada internet semakin lama semakin memuncak ! Hahaha



Aku dah kelam. Kelam kabut ok ! :)) Aku dah la nak pegi rumah kawan, Basit . Kat Taman Melawati . Dan jam menunjukkan pukul 8.50 pagi. Nak pergi sana lebih kurang 40 minit kowt. Dan aku tak mandi lagi !



Dengan pantasnya aku memasuki bilik air. Siap menyarung pakaian semua dalam 10 minit !



Aku bergegas ke tempat yang dituju. Rempiiiiitttt !!! Vrooomm !! Bertolak pukul 9.05 pagi dan arrived at there 9.35 pagi . Sharp ! Tersangat la laju aku bawak !



Sampai sana, ternampak ayah basit. Aku ingat nak sekejap jew. Tapi ayah dia dah ajak aku . So kene la masuk. Then borak dengan mak dia. Sporting abes beb !



Pastu aku teman basit pegi pusat zakat sebab nak mintak bantuan pelajar. Unfortunately, borang tu dibuka bulan tujuh . ( Dan aku da taw sebenarnya, aku da cakap da kat dia ok !)



Balik. Pastu aku singgah kat rumah opah. Saje. Aku baru teringat nak pegi jumpa pakcik driving. Aku call dia . Pastu , dia nak jumpa aku kat restoran mamak. Aku da lama tak jumpa dia, dah berapa ribu minit entah la, mahu berjuta kot..huhu...



So aku tanye la dia camne sekarang ? Sehat tak ? (Dia menghidap penyakit jantung dan ade appoinment 30 jun ni ) . Ni lah pentingnya silaturrahim, kalau aku tak tanye ade dia nak bagitau .



Da abes borak ( tak sampai 15 minit pon ), aku balik. Singgah sebentar ke Masjid Al- Amaniah. Solat Zohor berjemaah. Lepas solat tetibe rase mengantuk. So , i pon tido la dengan nyenyak ditambah pula dengan deruan mutiara hujan yang berguguran jatuh dari perut awan. Sejuk. Grrrr~



Allahuakbar Allahuakbar !



Azan asar berkumandang. Bangun aku dari tidur seperti seorang putera yang mendapat ciuman daripada seorang puteri. Hehehe ;))

Lepas solat, terus balik. Sampai sahaje pintu rumah, aku masuk. Pastu , telinga lintah aku menangkap satu lagu. LAGU HINDUSTAN BEB ! Rupe-rupenye bibik aku tengah layan lagu tuh sambil meng- iron baju . Haihhh... bibik bibik ... ( Nasib baik dia tak karaoke...huhu..naya dibuatnya ! )

Jap lagi nak pegi umah uncle... k out~ Salam...

Nota tangan : Sori karena melayan cerita dongeng aku ni.... Aku takde idea lorh...huhu

2 comments:

hanaa fadil said...

g jmpe basit semate mate bwk dye g pusat zakat ke..??

asyraff said...

hanaa_110 : xde la... sebenanye nak bg sijil pengawas skali..lupe nak update..huhu...