Thursday, June 17, 2010

Bila Cinta Tak Lagi Untukmu

First of all, harap apabila 'dia' baca entri ni, 'dia' tak menangis. Bukan ku pinta jadi begini.


Emmm ,,, ini adalah luahan isi hati murni aku ... Kepada 'dia' , harap maafkan aku.(Kenapa aku tidak menggunakan perkataan 'saya' ? Sebab... AKU BENCI 'DIA' ! Faham tak ?!) Kita dah tak sehaluan lagi ! Moga kau mengerti apa yang akan aku sampaikan ini. Memang berat untuk melepaskan kau pergi, tapi lebih menyakitkan hati aku pabila kita bersama !


Mungkin kita tak dijodohkan bersama. Andai itu takdir-Nya, moga ditabahkan hati masing-masing dalam menghadapi onak dan duri ini. Janganlah kau bersedih dengan perpisahan ini. Sebab aku bukanlah lagi yang kau cinta, apakan lagi yang kau selalu rindui. Janganlah kau membazir masa mencintai aku. Sebab aku TAK PERNAH mencintai kau. Bagaimana aku ingin katakan lagi...


Terimalah kenyataan yang kita akan berpisah. Dan mungkin jua kita akan bertemu lagi. Dan pada masa itu, aku harap tiada lagi rasa cinta ibarat ros merah yang sentiasa membara dalam diri kau. Aku harap kau mengerti ...


Aku tahu kau mencintai aku, tapi aku bukan kau ! Maafkan aku. Janganlah kau menagih cinta kepada seseorang yang tidak mencintai kau ! Tolonglah mengerti bahawa aku tidak lagi mencintai kau. Dan tak akan mencintai kau lagi.
TIDAK AKAN SAMA SEKALI !


Kau bukan yang ku sayangi lagi, kau bukan yang aku rindui jua. Segala memori kita akan aku cuba untuk luputkan dari neurons aku.
You know , sometimes love is hurt . And i hope too you can face it with tenacity. Forget about me ! I am not yours anymore ! Forever !


Janganlah kau membazir mutiara air mata yang jernih itu , menangisi pemergian aku adalah sia-sia belaka. Aku bukan untukmu lagi. Mungkin sukar untuk melepaskan aku,
but the time will pass by and deny all your sadness.


Hati aku tidak seteguh hati kau. Tidak utuh. Mudah rapuh. Lautan asmaraku untuk kau semakin surut. Semakin kering. Semakin kontang. Semuanya sudah tercatat. Buanglah aku. Tinggalkanlah aku. Bunuhlah aku dalam pemikiran kau itu. Supaya aku tiada dalam kamus hidup kau ! Jangan dikenang detik-detik kita .


Biarkan ia terkubur dalam lautan dalam. Biarkan ia karam. Jangan diterokai lagi. Jangan dicari. Biarkan ia menjadi sejarah walaupun tidak semegah kapal Titanic. Ini semua kenangan aku bersame kau . Kenangan kita.

Okey, aku mengaku kau tidak cantik. Gelap. Kelam. Hitam. (kadang-kadang la). Tapi tu bukan sebab aku mahu berpisah dengan kau. Sebab kau tiada dalam hati aku ! Pergilah dikau ... i am begging you... Please forgive me ...


Maybe part of loving... is leaving to let go ...



I am sorry :(


Semoga kau jumpa orang yang lagi baik daripada aku. Aku akan selalu doakan kebahagiaan kau.


I am leaving ...



Out from your life ~

4 comments:

asyraff said...

Actually , cerita ini ditujukan kepada LIPAS..hahaha.... pagi tadi,pas solat on9 la jap...pastu ternmpk 'dia' kat bwh meja mkn umah opah...so aku pown melompat la..hahaha...then , aku wat la entri ni...sori if i make u frowned...

i'm really sorry ... :(

dakgmOk said...

lailahaillallah...

hahahahahahha...

;'( + :DDDD

hak8!!!


u r funny..

hanaa fadil said...

acap!!!!!
wat gempak je cite cmny..
huhuhu..

Nadia said...

HAHA..ingatkan betol2 la td.. hi..salam blogwalking!~